(: Kisah YilNana :)(: Ahmad Fadhil Mohd Salleh (16) and Nur Dianna Atiqa Hassan (15) . Thanks for reading our story :)

Thursday, June 7, 2012

Bagan Lalang ;)


Jam menunjukkan hampir pukul 11 pagi Isnin 4 Jun 2012. Kami sekeluarga pun bertolak. Amik Yil dekat rumah dia dulu. Sampai je depan rumah dia, cakk! Budak baju merah keluar. Hehe. Ehh, mak dia pun adalah :O takutnya. Haha, tak, tipu je. Nana keluar kereta, salam mak mertua yang comel tu. Comel sangat! Macam Yil. Hehe. Ibu Nana pun bersalaman dengan mak Yil, Nana pun minta diri, masuk kereta. Dah masuk kereta, sempat lagi byebye mak dia. Hehe, cuwit en? :p

    On the way, tengok Yil macam awkward je kat dalam kereta tu. Haha. Dia senyap je, macam budak baik. Nana dengan adik Nana yang bising, gelak-gelak, buli dia. Yelah, kalau Nana dekat tempat dia pun, Nana senyap je. Segan kot :p gelak punya gelak, buli punya buli, terkeluarlah semua perangai. Sampai yil kata, Nana dengan adik Nana sama je -.- haha. Tak eycah un :p lama-lama, Yil pun macam dah dapat biasakan diri dengan kami, dan dia pun turut gelak-gelak sekali. Macam-macam terjadi masa perjalanan tu. Dan didalam kereta, kami main kenyit-kenyit mata. Haha, gatal :*

    Kami sampai di Bagan Lalang dalam pukul 12 lebih. Kami tidak terus ke chalet sebab chalet tu boleh check in selepas pukul 2 petang. So, kami lepak di tepi pantai dulu, ambil angin di bawah pohon yang redup :p amboi, ayat :D hahaha. Angin meniup, ombak pun bernyanyi. Haha, tak, tu tipu. Ombak takda lagi sebab air masih surut. Kami berjalan-jalan tengok ketam yang omey omey. Hee. Snap picturezz bagai. Adik Nana pulak pergi beli layang-layang, tapi dia tak pandai main sangat. Last-last Yil yang main. Hihi. Omey je. Nana dengan ibu duduk bawah pokok dok perhatikan depa main :D hehe.


    Pukul 2, semua masuk kereta, kami menuju ke chalet. Ibu pergi check in, Nana dengan adik duduk dekat lobby, while ayah and Yil lepak dekat pondok. Dapat kunci, pergi dekat kereta, bawa semua barang-barang masuk ke chalet. Masing-masing panas masa tu, semua sibuk nak mandi. Adik mandi dulu, lepastu Yil and then Nana. Ibu solat, lepas ibu habis solat, kami anak beranak, termasuk Yil makan. Yg ayah dah terbuai mimpi  nan indah diatas katil~ hehe. Selesai makan, semua berehat. Ayah, ibu, adik berehat dalam bilik. Tinggallah kami berdua di ruang tamu. Heh, tak buat pape punlah. Bantal tak cukup. Kami cuma ambil bantal kusyen, buat alas kepala, baring. Posisi kami jauh k. Haha. Pusing kanan, pusing kiri, akhirnya terlena jugak. Tapi tak lama, sebab tangan Nana cramp tiba-tiba. Kacau ah -.- elok-elok tengah mimpi… Hahaha. Nana ke toilet, basahkan tangan then baring balik. Pusing kanan, pusing kiri, tengok-tengok Yil tak tidur pun. Yg Nana pulak dah langsung tak boleh tidur. Nana lepak luar chalet jap dengan Yil. Suddenly dia ajak p cari kedai minum. Nana pun okay.

    Menapak, mencari, tercari, dicari, akhirnya jumpa kedai. Nampaknya kedai tu macam baru nak buka. Kami pun pergilah. Pekerja dia tengah sibuk punggah kerusi meja. Duduk situ dalam 15 minit, pekerja dia tak amik order pun -.- kami blahh pergi kedai lain. Dah sampai kat luar kedai yg lagi 1 tu, kami berhenti. Nana cakap dekat Yil, beli air bungkus jelah. Kita minum dekat tepi pantai. Yil suruh Nana masuk kedai tu, order. Tapi… taknaklah. Customer lelaki dekat kedai tu macam pandang je :3 Last-last, kami sama-sama masuk kedai tu, duduk dan order. Dah siap, dah bayar, terus menuju ke tepi pantai. Wuu, kami pergi tempat yg ada buaian. Hehe. Tetiba jumpa pulak si adik Nana -.- kacau daunlah dia tu. Haha. Bawak jelah lepak sekali. Minum-minum, makan keropok, main buaian, main kucing :p hihi.

    Air dah habis, diorang pun sibuk nak mandi laut. Yang Nana pula kena balik dulu, sebab nak ambil towel Nana dan diorang punya. Bila Nana datang je balik, tengok-tengok diorang dah mandi dah. Sampai hati tak tunggu Nana L hahaha. Nana letak towel dekat atas batu, terus p dekat air. Hehe. Best~ Nana dengan Yil p tempat yg dalam, yg adik Nana pulak melolong suruh kitorang mandi dekat tempat cetek. Dia takut air. Haha, jangan harap nak p. Kami main percik-percik air, main ombak. Haha, part main ombak paling kelakar sebab masa ombak datang, semua macam terpelanting xD semua macam jakun je dengan ombak tu. Hahaha. Dah dekat maghrib, kami stop. Lepak dekat batu jap. Lepastu tetiba lak sakit perut -.- Nana balik chalet dulu. Then dah membuang, Nana tak terus bersihkan diri, sebab baju pulak dekat bilik, seganlah kalau nak keluar toilet berkemban je nanti. Tiba-tiba Yil balik, dia terus masuk toilet, mandi. Nana pulak, bersihkan lantai, sebab berpasir. Lepas Yil mandi baru Nana mandi. Lepas mandi, Yil solat maghrib. Before he began his solat, he asked me “d boleh solat tak?” but I said “emm, tak mandi wajib lagi”. Yil buat muka. Nana tahu, itu sepatutnya bukan alasan. Yil did his prayer in the room. Nana duduk dekat ruang tamu. Lepas dia habis solat, Nana terasa macam nak buat maggi cup. Lapar .__. Nana tanya Yil, nak tak. Tapi dia kata, dia nak makan makanan tengahari tadi. Nasi impit+sambal kacang. Nana pun ambilkanlah dia J maggi, Nana buat Nana dengan adik punya jelah, hehe.  Habis makan, berehat dalam bilik. Ibu dan ayah tengok tv dekat ruang tamu. Adik dengan kami.  Lepas isyak, kami keluar makan malam.

    Keluar makan malam, semua menapak pergi kedai tomyam. Baru santai :D hehe. Kami sampai je dekat kedai makan tu, ada sekumpulan pelanggan kat situ pandang kami :O haha. Tak tahulah apa masalah diorang :p kami pun buat bodoh jelah, duduk macam biasa. Dah amik order, makanan sampai, baca doa, makan. Habis makan… Nana pandang Yil, muka dia semacam je. Haha, lepastu Nana usiklah dia “elehh, nak smoke la tu” dia jawab “mana ada, biasa je” *muka cover* haha. Dia ingat Nana tak tahu yang dia sebenarnya nak smoke. Haha. Bertuah dia kalau tak smoke lepas makan :p hehe. Nana pun ngusiklah dia. Tak lama lepastu, dah bayar, kami beredar. Menapak, singgah dekat tempat orang jual-2 bagai, then pergi tepi pantai, buat unggun api. Bila masing-2 dah penat, semua balik. Yil balik chalet, masuk toilet, lepastu lepak luar chalet. So do me :D hehe. Lepak luar, tetiba Yil ajak pergi tempat yg ada jual-2 tu, dia nak tengok baju. Nana pun minta izin ayah ibu, lepastu pergi J bila sampai sana, benda tu dah tutup. So sad! L haha. Takda rezeki :p kami pun patah le balik. Ingatkan nak lepak dekat betul-betul depan chalet. Tapi, tak jadi ah, kami lepak kat lobby. Best sikit, boleh tengok tv, main buaian, mengunyah dekat situ, dah macam rumah sendiri :D hehe. Pukul 1 a.m macamtu kami balik ke chalet.

    Balik chalet, tengok ayah tengah lepak kat luar, yg ibu and adik pulak dah tidur dalam bilik. Suddenly ayah masuk, ayah kata “kakak, tukar plan yeah, kakak tidur dalam bilik, ayah dengan Fadhil tidur luar” Nana angguk je. Lepastu ayah lepak luar balik. Pada awalnya, plan ayah, dia, Fadhil and adik tidur dalam bilik, kami yang perempuan tidur luar. Tapi dah tukar. Kami pun turut saja :D Nana baring dalam bilik, tapi tak boleh tidur. Keluar bilik, nak tengok tv dekat ruang tamu, tengok-tengok Yil tengah baring beralaskan selimut. Ish, “toto tu ada bukan nak bentang”. Kata hati Nana. Nana pun bentangkanlah dia. Lepastu Nana baring sekali. Hehe, Nana nak tengok tv…. Dia pulak sibuk baring sambil tweet. Pakai bb kan xD eh kami baring jauh-jauh okay J jangan salah faham :D ayah masuk, ayah berehat jap kat dalam bilik. Nana masih tengok tv. Lepastu entah macamana, Nana tertidur dekat situ. Haha, Nana pun tak sedar, yang ayah pulak takda pulak dia kejutkan ke apa. Last-last dia tidur dalam bilik, dia biarkan kami tidur luar. Nana tidur lena sangat, mungkin sebab letih kot. Hehe. Lepastu tiba-tiba Nana terjaga :O celik je mata, cakkk! Ehh, sayang kita tengah pandang kita! Hahaha, dia ni tak tidur ke? Hehe. Nana buka je mata, Nampak Yil tengah pandang Nana :D hehe. Oh mak kau terkejut :p haha. Terus tersenyum tengok dia. Hehe. Dia pun senyum. Co kiut :D lepastu pusing kanan, pusing kiri, dah tak boleh tidur dah L dia pun sama. Hehe. Tiba-tiba dia hulur tangan, Nana pun sambut. Tangan kami berpaut J kikiki :D tapi posisi kami tetap sama, jauh, sebab ada bantal sebagai penghalang di tengah sewaktu kami tidur J hehe.Tangan Yil menggigil sebab sejuk :p pusing kanan, pusing kiri, tak tidur juga.. Akhirnya kami terus berjaga sampai ke pukul 7 lebih. Nana ajak dia pergi ambil angin dekat luar, dia terus ke toilet. Berus gigi kot. Yg Nana pulak, makin selubungkan selimut dekat muka. Sejuk woo. Bila Yil keluar je dari toilet, dia sepak-sepak toto tu. Hebatlah tu? Hahaha. Terus Nana bangun, ke toilet. Cuci muka pesuma. Dah cuci muka, lepak luar, bersembang. Perut kami pun terasa lapar. Jadinya, Nana pun buatlah maggi cup untuk kami berdua. Buatkan air milo untuk Yil. Hehe :D dah habis makan, lepak dekat kerusi batu yg kat depan chalet tu pulak. Yil mengadu, sakit perut, dia tak larat nak berjalan. Jadinya Nana pergi jalan ke pantai cencowang. Alah, ayah dengan adik dah ada sana.

    Tengok adik mandi, Nana main ombak jap, lepastu terus balik chalet, seluar basah, kaki berpasir L ingatkan nak terus mandi dekat chalet, tapi Yil pulak tengah mandi. Terpaksa tunggu turn. Masa dia mandi tu, adalah Nana kacau-kacau dia, ketuk-ketuk pintu bilik air tu. Haha. Dia habis mandi, ee tak pakai baju, pakai towel je. Ingat cekci la tuh? Haha. Nana terus masuk dalam bilik air, mandi. Lepas mandi, ibu cakap ibu nak pergi dekat pantai, nak tengok ayah dgn adik. Nana pun ‘okay’. Yil tengah smoke kat luar. Tak lama kemudian, ayah pun balik. Nana dah siap sikat rambut pesuma, terus pergi dkt luar chalet, lepak dgn Yil. Kami berbual, cerita pasal kejadian pagi tu. Hahaha. Nana cakap ah dekat Yil “bangun-bangun je nampak muka abang” Yil senyum then dia kata “abang tersedar, lepastu terus tarik pipi d, tu d pun terbangun” haha. Then Nana tanyalah “semalam d yang tidur dulu eh” Yil jawab “a’ah, dengan remote tv dekat tangan, abang suruh d tutup tv, tengok-tengok d dah tidur, abang baling selimut dekat muka d” Nana pulak *gelak* then tanya balik “yeke? Hahaha, abang baling selimut takkan d tak sedar?” Yil jawab “tak sedar langsung, abang kesian, abang ambil balik selimut tu, abang selimutkan d” hahaha. Cweetnya dia :p hehe :D

    Habis perbualan tu, tak lama kemudian, kitorang siap-siap untuk balik ke Semenyih. Dah angkat barang pesuma, kami pun bertolak. Dalam kereta, masing-masing dah penat, masing-masing tidur :D kami sampai dalam pukul 11.30 pagi macamtu. Alhamdulillah sepanjang disana, sikit pun kami tak bergaduh dan kami gembira disana.  Kenangan dekat Bagan Lalang sangat indah dan Nana harap Nana dapat ke sana lagi dengan dia. Nana sayang dia, terima kasih kepada awak semua sebab sudi membaca sampai disini J doakan kami! Assalamualaikum J

Yang Fakta,
   Dianna..